Anda adalah pelawat blog saya yang ke :

Monday, March 21, 2011

KOHALAL MEDAN GOPENG IPOH

Salam semua. Hari ini hanya nak buat pengumuman iaitu selain dari suka-suka mencuba resepi kek lapis, apam polkadot atau kuih bakar pandan@ bahulu kemboja saya juga menghasilkan karipap frozen dan cucur badak frozen yg kini boleh didapati di KOHALAL MEDAN GOPENG IPOH. Kepada penduduk sekitar Ipoh bolehlah mencuba merasainya. Produk ini dibawah jenama BONDA keluaran AL KAF FOOD ( anak saya). Sebenarnya karipap ini telah saya hasilkan kira-kira 10 tahun yg lalu. Resepinya adalah ciptaan saya sendiri.  Sepanjang 10 tahun itu saya hanya menghasilkan karipap atas permintaan rakan-rakan dan tempahan sekitar kampung tempat saya tinggal. Alhamdulillah rakan-rakan amat menyukai karipap tersebut. Sejak 2 tahun ini permintaan bertambah dan kini saya telah pelbagaikan perisanya. Perisa asalnya ialah sup udang. Kini terdapat sup ayam, sup daging dan kurma ayam. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment