Anda adalah pelawat blog saya yang ke :

Monday, September 5, 2011

Tempahan kek lapis dari rakan2 di sekolah.




Assalamualaikom w.r.t. Dah lama tidak mengupdate blog ini sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja di sekolah. Walaubagaimanapun tempahan untuk apam polkadot agak memberangsangkan. Banyak mendapat tempahan dari kawan-kawan dan jiran-jiran untuk pelbagai acara.





Sempena hari raya yang bakal menjelang, tempahan untuk kek lapis juga diterima. Kek lapis limau purut, masam manis dan coklat cadbury menjadi pilihan. Ada yang menempah sebiji.,separuh atau 1/3. Resepi diambil dari blog rakan blogger yang lain. Terima kasih semua.






-proses mengadun kek lapis

-Melapis kek lapis masam manis




-Inilah beberapa kek lapis yang telah siap


Ini pula ialah kek lapis limau purut

Ini pula ialah kek lapis coklat cadbury


Kek lapis coklat cadbury yang telah siap. Bahagian atasnya telah  dihias dengan corak "marbling" sebab ada lebihan adunan yang sikit.


Kek-kek yang telah siap untuk di agih kepada rakan-rakan sehari sebelum cuti sekolah terdiri daripada kek lapis limau purut, kek lapis masam manis dan kek lapis coklat cadbury. Terima kasih pada semua rakan-rakan yang telah menempah. Lain kali tempah lagi ye. 

Monday, March 21, 2011

KOHALAL MEDAN GOPENG IPOH

Salam semua. Hari ini hanya nak buat pengumuman iaitu selain dari suka-suka mencuba resepi kek lapis, apam polkadot atau kuih bakar pandan@ bahulu kemboja saya juga menghasilkan karipap frozen dan cucur badak frozen yg kini boleh didapati di KOHALAL MEDAN GOPENG IPOH. Kepada penduduk sekitar Ipoh bolehlah mencuba merasainya. Produk ini dibawah jenama BONDA keluaran AL KAF FOOD ( anak saya). Sebenarnya karipap ini telah saya hasilkan kira-kira 10 tahun yg lalu. Resepinya adalah ciptaan saya sendiri.  Sepanjang 10 tahun itu saya hanya menghasilkan karipap atas permintaan rakan-rakan dan tempahan sekitar kampung tempat saya tinggal. Alhamdulillah rakan-rakan amat menyukai karipap tersebut. Sejak 2 tahun ini permintaan bertambah dan kini saya telah pelbagaikan perisanya. Perisa asalnya ialah sup udang. Kini terdapat sup ayam, sup daging dan kurma ayam. Selamat mencuba.

Saturday, March 19, 2011

PERTUNANGAN ANAK SAUDARAKU....










Sudah lama tak jumpa(kalau x silap ni lagu dari kumpulan D'llyod) Dah lama x update blog ni disebabkan terlalu sibuk dgn kerja2 disekolah. Maklumlah awal tahun banyak kerja yg perlu dibereskan 26 feb. 2011 kak long bertunang. tak tahu apa yang nak diberikan sebagai hantaran kepada pihak lelaki. Nak buat kek lapis mak saudaranya yg lain telah sediakan. Nak tempah kek, opahnya dah tempahkan dari Norzan Bakeri sebiji kek fondant yang cantik (rm120). Cheese kek juga ada yang diberikan oleh kenalan. Bahulu ikan koi, ikan bawal dan cermai pun ada. Biskut pun ada. Fikir punya fikir apa kata kita beri pada pihak lelaki APAM pula. Maka terhasillah sekali lagi Apam Polkadot. Lihatlah hasilnya.




                                          Inilah kek fondant yang ditempah dari Norzan Bakery

Friday, February 4, 2011

Apam PolkaDot ku....


Assalammualaikum w.r.t
   Ini adalah resepi terbaru yang di cuba. Bila jenguk - jenguk di blog Teratak Dhia, hati dah terpaut pada Apam PolkaDot yang comel2 dan berwarna warni. Minggu lepas, anak jiran depan rumah bernikah .Selain dari kek lapis, apam ini juga di sumbangkan untuk jamuan (promosilah juga) .Kelmarin, dapat pula tempahan dari cikgu An ( isteri cikgu Ibrahim) untuk majlis perkahwinan anak sulungnya. Budak2 suka sangat.Dibawah ini disertakan resepi yang diambil daripada blog Teratak Dhia (credit to Dhia) :

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (utk inti kelapa, follow resepi dibawah)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...
Inti Kelapa:

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 6 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh tpg jagung
  • 1 helai daun pandan-pintal
  • 1/2 cwn air
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga air kering.


Note:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar.
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
  • Inti kelapa tu sebenarnya mmg banyak. Jadi ada lebihan.
  • Kalau guna blueberry / strawberry filling, taruk dalam piping bag / plastik bersih supaya mudah nak taruk.