Anda adalah pelawat blog saya yang ke :

Friday, February 4, 2011

Apam PolkaDot ku....


Assalammualaikum w.r.t
   Ini adalah resepi terbaru yang di cuba. Bila jenguk - jenguk di blog Teratak Dhia, hati dah terpaut pada Apam PolkaDot yang comel2 dan berwarna warni. Minggu lepas, anak jiran depan rumah bernikah .Selain dari kek lapis, apam ini juga di sumbangkan untuk jamuan (promosilah juga) .Kelmarin, dapat pula tempahan dari cikgu An ( isteri cikgu Ibrahim) untuk majlis perkahwinan anak sulungnya. Budak2 suka sangat.Dibawah ini disertakan resepi yang diambil daripada blog Teratak Dhia (credit to Dhia) :

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (utk inti kelapa, follow resepi dibawah)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...
Inti Kelapa:

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 6 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh tpg jagung
  • 1 helai daun pandan-pintal
  • 1/2 cwn air
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga air kering.


Note:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar.
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
  • Inti kelapa tu sebenarnya mmg banyak. Jadi ada lebihan.
  • Kalau guna blueberry / strawberry filling, taruk dalam piping bag / plastik bersih supaya mudah nak taruk.

1 comment: