Anda adalah pelawat blog saya yang ke :

Monday, September 5, 2011

Tempahan kek lapis dari rakan2 di sekolah.




Assalamualaikom w.r.t. Dah lama tidak mengupdate blog ini sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja di sekolah. Walaubagaimanapun tempahan untuk apam polkadot agak memberangsangkan. Banyak mendapat tempahan dari kawan-kawan dan jiran-jiran untuk pelbagai acara.





Sempena hari raya yang bakal menjelang, tempahan untuk kek lapis juga diterima. Kek lapis limau purut, masam manis dan coklat cadbury menjadi pilihan. Ada yang menempah sebiji.,separuh atau 1/3. Resepi diambil dari blog rakan blogger yang lain. Terima kasih semua.






-proses mengadun kek lapis

-Melapis kek lapis masam manis




-Inilah beberapa kek lapis yang telah siap


Ini pula ialah kek lapis limau purut

Ini pula ialah kek lapis coklat cadbury


Kek lapis coklat cadbury yang telah siap. Bahagian atasnya telah  dihias dengan corak "marbling" sebab ada lebihan adunan yang sikit.


Kek-kek yang telah siap untuk di agih kepada rakan-rakan sehari sebelum cuti sekolah terdiri daripada kek lapis limau purut, kek lapis masam manis dan kek lapis coklat cadbury. Terima kasih pada semua rakan-rakan yang telah menempah. Lain kali tempah lagi ye.